CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 26 August 2012

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN

 

DEFINISI INOVASI


KONSEP INOVASI

  •  Inovasi adalah sesuatu yang baharu atau unik hasil ciptaan atau hasil proses penstrukturan semula yang memberi manfaat kepada masyarakat dan mempunyai nilai yang diutamakan.
  • Proses inovasi boleh berlaku secara radikal (mendadak) atau secara berperingkat-peringkat atau beransur-ansur sehingga terhasil perubahan kepada produk, proses atau perkhidmatan.
  • Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti :
-          Pengenalan teknologi baharu.
-          Perubahan dalam sistem penyampaian.
-          Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti.  

Inovasi dalam pendidikan

 1.0 STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF

IT digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan teknologi komunikasi seperti pengajaran berasaskan komputer. Kebolehan menstruktur dan menyusun maklumat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap orang guru dalam zaman maklumat ini.

 

“Untuk melonjakkan transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan kepada guru terlebih dahulu”

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
dalam majalah Pelita Bahasa,Mei 2012.

DEFINISI INOVATIF  

Kemampuan membina transformasi atau mencipta sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik.

Apakah maksud 'guru inovatif'?

Guru yang mempunyai kebolehan melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

  • Dipetik daripada ucapan Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin,                       
    Timbalan Perdana Menteri, semasa sambutan hari guru
    (16 Mei 2012) di Bandar Diraja Perak Darul Ridzuan.  


    CIRI-CIRI GURU INOVATIF

     

                          PERANAN GURU INOVATIF                            

 Untuk maklumat tambahan, sila klik di sini.




Power point strategi pengajaran inovatif from miahanni

1.1 PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH 

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Masalah

  •  Masalah yang realistik yang dapat menarik perhatian murid. 
  •  Masalah yang mencabar (berdasarkan pengetahuan sedia ada, sikap dan kompetensi pelajar). 
  • Maklumat baharu dicari untuk menyelesaikan masalah.
  • Guru membantu dan membimbing.
  • Melibatkan proses mengenal pasti isu pembelajaran dan menyelesaikan masalah. 
  • Pelajar belajar secara koperatif dan kolaboratif. 
  •  Menyelesaikan masalah melalui sintesis pelbagai maklumat. 
  • Refleksi pengalaman pembelajaran. 

LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH 

1.2 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

BENTUK PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

 LANGKAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

 Bagaimana Memilih Projek?

 

PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

 

1.3 PEMBELAJARAN ELEKTRONIK 

JENIS-JENIS PEMBELAJARAN ELEKTRONIK 

 JENIS-JENIS KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN ELEKTRONIK

 BENTUK PENYAMPAIAN PENGAJARAN ELEKTRONIK

Ciri-ciri Pembelajaran Elektronik

  • Pembelajaran mengikut kadar kendiri pelajar.
  • Pembelajaran berlaku mengikut kehendak dan keperluan pelajar.
  • Pelajar menentukan cara, masa, tumpuan dan kemahiran yang ingin dikuasai. 
  • Direka bentuk mengikut keperluan pelajar dan memenuhi pelbagai gaya pembelajaran.
  • Boleh dicapai oleh lebih ramai jumlah pelajar.
  • Memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan internet.
Aplikasi teknologi dalam pendidikan yang telah dilaksanakan dapat dilihat dengan jelas berdasarkan laporan berita daripada salah satu keratan akhbar berikut.
1.4 PEMBELAJARAN BERASASKAN LAMAN SESAWANG 

 PENGENALAN

  • Satu bentuk pembelajaran elektronik yang sedang berkembang pesat ialah ‘pembelajaran berasaskan laman sesawang’.
  • Perkembangan inovasi yang pesat pada hari ini menjadikan pembelajaran berasaskan laman sesawang satu inovasi yang utama dalam sistem pendidikan.
KEBAIKAN 

  • Maklumat pembelajaran, penaksiran dan perkongsian idea serta pandangan menjadi lebih mudah, pantas dicapai dan disebarkan. 
  • Pelajar dapat menyemak markah dan mendapat maklum balas secara langsung khususnya dalam bentuk kuiz. 
  • Guru dan pelajar mudah berkomunikasi dalam kumpulan peserta berdaftar. 
  • Maklumat dan maklum balas dapat dikongsi sama apabila pelajar memberi respons kepada persoalan atau isu yang dikemukakan.

2.0 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN


Kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.  Dalam suasana alaf baharu yang berorientasikan teknologi maklumat dan komunikasi, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.

Mok Soon Sang dalam bukunya ‘Pendidikan di Malaysia’ (1996), menyatakan penggunaan komputer dalam pendidikan membawa reformasi serta perkembangan baharu dalam bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan dan kemahiran serta latihan guru.  

(Dewan Masyarakat, Mei ; 2012)

“Teknologi dapat membangunkan kemahiran belajar yang penting seperti pemikiran kritikal, menganalisa maklumat dan menyelesaikan masalah”.

(Dipetik daripada ucapan Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin,
Timbalan Perdana Menteri
dalam Majlis Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia ke-14 di
Pusat Konvensyen,Sunway Pyramid).

 BENTUK-BENTUK PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN


Prinsip-prinsip Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan

  • Dijadikan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran.
  •  Digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan.
  • Dipilih berdasarkan kesesuaian topik dan objektif pengajaran.
  • Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu : 
 

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN 

 


Antara kelemahan yang sering dihadapi dalam penggunaan ICT adalah apabila terjadinya sistem down. Mungkin ini boleh terjadi sekiranya tidak sabar.....


SEBAB DAN KESAN YANG MENJADI HALANGAN KEPADA PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

Kepentingan Teknologi dalam Pengajaran
  • Membekalkan lebih banyak peluang pembelajaran kepada murid.

  • Peningkatan motivasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid.
  • Menunjukkan minat dan komitmen murid terhadap pembelajaran.
  • Memberi kelainan dan kepelbagaian kaedah pengajaran guru.
  • Membolehkan pendidikan jarak jauh dilakukan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. 

3.0 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN 

jk


Perkembangan persekitaran pembelajaran from miahanni

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA PERSEKITARAN DAN PEMBELAJARAN PERSONAL DAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MAYA 

 Untuk maklumat tambahan, sila klik di sini.

 
Rujukan
a)      Buku rujukan
Noriati A. Rashid, et al. (2010).  Guru dan Cabaran Semasa.  Shah Alam  :  Oxford
Fajar
Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon.  (2010).  Guru dan
Cabaran Semasa.  Puchong  :  Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

b)      Jurnal
Habib Mat Som, Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud .  Globalisasi Dan Cabaran
Pendidikan Di Malaysia  :  Universiti Malaya
Mohd Alias bin Saat.  Pengurusan Kreativiti Dan Inovasi Pendidikan Matematik:
Keberkesanannya Ke Arah Pembinaan Budaya Matematik Di Kalangan Pelajar
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan  : 
Universiti Utara Malaysia.
Noor Azida Sahabudin, Mohamad Bilal Ali.  Persekitaran Pembelajaran
Personal:Perbezaannya Dengan Sistem Pembelajaran Tradisional
Noor Mazlan Ahmad Zanzali, Noraziah binti Kassim@Aziz.  Penggunaan ICT Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM :
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Yahya bin Buntat, Lailinanita binti Ahamad.  Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam
Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru  : 
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia





c)      Majalah
Cabaran Profesion Keguruan diambil dari Dewan Masyarakat (Mei, 2012 halaman
26,27 & 28): Dewan Bahasa dan Pustaka
Guru Berinovasi Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara  diambil dari Pelita Bahasa
(Julai, 2012 halaman 7)  :  Dewan Bahasa dan Pustaka
Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Negara diambil dari Dewan Siswa (Mei, 2012
halaman 4 & 5)  :   Dewan Bahasa Dan Pustaka
Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Negara diambil dari Pelita Bahasa (Julai, 2012
halaman 29, 30 & 31)  :   Dewan Bahasa Dan Pustaka
Peranan Guru Dalam Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara diambil dari Pelita
Bahasa (Mei, 2012 halaman 8,9,10 & 11)  :  Dewan bahasa dan pustaka

d)     Kamus Dewan
Kamus Dewan Edisi Keempat.  (2007).  Kuala Lumpur  : Dewan Bahasa dan Pustaka

e)      Laman web
Elemen Kreativiti Inovasi Diterap diambil dari Beritaharianonline pada 1 ogos 2012.

2 comments:

  1. thanks for the info :) .. saya sedang menyiapkn kerja kursus sejarah berkaitan dgn inovasi dalam sis.pend.malaysia.. sgt membantu :D

    ReplyDelete
  2. penerangan yang sangat membantu pemahaman pendidikan era baru, terima kasih.

    ReplyDelete